Pembelian Gadsden (dikenali sebagai Venta de La Mesilla, atau "Perjanjian La Mesilla", di Mexico
[2]) merupakan sebuah kawasan seluas 29,670
batu persegi (76,800 kilometer persegi) yang kini terletak di dalam wilayah selatan
Arizona dan
New Mexico yang mana telah dibeli oleh
Amerika Syarikat dalam satu perjanjian yang telah ditandatangani oleh Presiden
Franklin Pierce pada 4 Jun, 1853. Perjanjian ini kemudian disahkan oleh
Senat A.S pada 25 April, 1854. Perjanjian ini telah dinamakan sempena
James Gadsden, seorang duta Amerika Syarikat ke Mexico pada waktu itu. Pembelian ini termasuk tanah di selatan
Sungai Gila dan barat
Rio Grande. Pembelian Gadsden bertujuan untuk membolehkan pembinaan
landasan keretapi merentas benua dilakukan di sepanjang laluan paling selatan, yang merupakan sebahagian rundingan yang diperlukan bagi memuktamadkan isu-isu sempadan yang masih belum diselesaikan sejak dari
Perjanjian Guadalupe-Hidalgo, yang mana telah menamatkan
Perang Mexico-Amerika pada 1846–1848.Semasa era
landasan keretapi berkembang, penduduk selatan A.S yang berorientasikan perniagaan melihat penyambungan jaringan landasan keretapi di antara selatan A.S dengan Pantai Laut Pasifik boleh meluaskan peluang perniagaan. Bagaimanapun, keadaan bentuk muka bumi di bahagian selatan
Mexican Cession adalah terlalu bergunung-ganang bagi membina laluan terus. Ini memungkinkan laluan sedia ada dipanjangkan ke utara bermula dari hujung bahagian timurnya, yang mana memudahkan penyambungan dengan jaringan landasan keretapi tenggara. Ini jelasnya memberi keuntungan kepada pelabuhan-pelabuhan laut di kawasan utara. Sebarang laluan praktikal dengan terminal di tenggara, bagi mengelakkan kawasan pergunungan, perlu dilencongkan ke arah selatan iaitu di mana terletaknya tanah jajahan Mexico.Pentadbiran Franklin Pierce, yang dipengaruhi oleh Setiausaha Perang
Jefferson Davis, melihat peluang ini bukan hanya mendapatkan tanah bagi membina landasan keretapi, tetapi juga untuk mendapatkan tanah jajahan penting lain di utara Mexico.
[3] Akhirnya, tanah untuk pembinaan landasan keretapi telah dibeli dengan harga AS$ 10 juta, tetapi Mexico telah dihalang dari menyerahkan kawasan yang berskala besar. Di Amerika Syarikat, perbahasan berkenaan perjanjian ini telah melibatkan pertikaian berkaitan perhambaan, dan tiada kemajuan besar dalam rancangan atau pembinaan landasan merentas benua ini dapat dilakukan sebelum meletusnya
Perang Saudara Amerika.